
RM 15.00
Sambal Paru Balado Raimanda Delights 160g Sambal Paru Balado Raimanda Delights dimasak secara homemade dalam skala kecil, di persekitaran yang bersih tanpa haiwan peliharaan. Insya-Allah, penyediaan makanan kami mengutamakan kebersihan, kehalalan dan kualiti rasa. Dihasilkan menggunakan paru lembu pilihan yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng sehingga lembut. Paru mudah dikunyah, tidak liat dan tidak keras. Kemudian dimasak bersama sambal balado daripada cili merah, cili padi dan bawang pilihan sehingga menghasilkan rasa pedas, beraroma dan seimbang. Sesuai dinikmati bersama nasi putih panas, nasi lemak, nasi goreng atau sebagai lauk tambahan. Maklumat Produk: * Tiada bahan pengawet tambahan. * Paru lembut, tidak liat dan mudah dikunyah. * Dimasak menggunakan bahan-bahan pilihan. * Produk diproses menggunakan kaedah retort. * Selepas dibuka, simpan dalam peti sejuk. * Habiskan dalam tempoh 3 hari selepas dibuka. * Produk mudah rosak selepas dibuka kerana tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Berat bersih: 160g